Tuesday, December 20, 2011

Luahan Hati

Sesungguhnya Allah SWT telah bersumpah dengan masa "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beramal soleh".

Masa begitu pantas berlalu. Kini aku sudah di penghujung pengajian sarjanaku di ISDEV. Penuh dengan kenangan yang pasti tiada dapat aku ulangi lagi kerana masa pasti tidak akan undur kembali. Syukur pada Allah kerana aku diberi peluang dan kesempatan serta nikmat yang tiada terhingga untuk aku menempuhi perjalanan memburu ilmu Allah.

kuharapkan perjalan mencari ilmu Allah tidak sekadar berhenti di sini dan ia akan berpanjangan insya Allah

Alhamdulillah, hari ini tanggal 20 Disember 2011 aku telah menyiapkan disertasi sebagai sebahagian syarat untuk pengijazahan sarjanaku. Hasil disertasi ini aku harapkan ia dapat memberi manfaat kepada generasi berilmu. Ku juga berharap ia dikira sebagai amal soleh yang diterima oleh Allah. Terima kasih bagi pihak yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada mereka. Untuk penyelia yang dikasihi ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dan semoga Allah merahmatimu di dunia dan akhirat.Insya Allah.

Selepas selesai sarjana ini aku berazam untuk melayari hidup baru dan berbekalkan ilmu yang telahku perolehi dari ISDEV akan ku amalkan insyaAllah. Ku juga mengharapkan perjalanan memburu ilmu Allah ini berterusan walaupun secara tidak formal. Aku akan terus menjadi pencinta ilmu dan mengharapkan redha dari-Nya

Ku juga mengharapkan ilmu yang diberikan di ISDEV akan ku sampaikan pada yang lain dengan sebaik mungkin. Secara tidak langsung aku ingin menjadi agen dalam mengembangkan Islam. Aku begitu kagum melihat insan yang kuat berusaha mengembangkan Islam. Tersentuh hatiku untuk melakukan demikian. Sekurang-kurangnya aku punya sumbangan kepada agamaku sebelum pulang mengadap Allah. InsyaAllah. Semoga Allah mendengar luahan kecil dihatiku.

Wallahualam'

No comments:

Post a Comment