Thursday, July 21, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..Bulan Yang Penuh Barakah.



Diharapkan ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Allah berikan kesempatan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengisi peluang sebaik yang mungkin. Sebenarnya, rahmat ramadhan ini Allah kurniakan kepada umat Muhammad sebagai syafaat untuk mengandakan amalan soleh. Dalam bulan ramadhan ini Allah berikan banyak kelebihan terutamanya doa yang mustajab, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta iblis dan syaitan dirantai. Dengan kelebihan yang ada marilah kita sama-sama manfaat bulan ramadhan yang akan datang nanti. Berazam dan istiqamah betui-betui di dalam melaksanakan ibadah ikhlas kerana Allah. Dalam pada itu, di dalam bulan ramadhan di malam harinya terdapat solah sunat terawih, lailatul qadar dan dalam bulan ramadhan juga menunaikan zakat. Inilah dikatakan ramadhan adalah bulan penuh dengan amalan kebaikan yang perlu kita sama-sama mengambil peluang.