Vitamin B-compleks juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?
Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B compleks. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-compleks oleh ibu.
Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-compleks adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.
Pengambilan B-Compleks akan menyebabkan urin menjadi kekuningan, sebagai indikasi bahawa badan memerlukan lebih banyak air, dan memekatkan warna susu badan.
Fungsi B Compleks ialah:-
- menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga- meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir- mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B- menggalakkan pertumbuhan- penting untuk sistem saraf- anti stress dan tekanan- meningkatkan antibodi tubuh- penting untuk sintesis dan aktiviti sel- diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)- mencegah anemia- memberikan tenaga- penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat- amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga- mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)- mengurangkan kolesterol- meningkatkan selera makanSumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.
wassalam
Rushada
No comments:
Post a Comment